Hari Raya Paska baru saja berakhir. Namun baru ketika ini aku menyedari erti Hari Raya Paska yang sebenarnya. Sepanjang kehidupan ini, aku tidak pernah cuba untuk mengerti secara mendalam akan maknanya Hari Raya Paska. Namun dengan hanya satu bacaan dari ALKITAB, petikan dari LUKAS: 24 AYAT 30 yang berbunyi begini, Dia makan bersama-sama mereka. Kemudian Dia mengambil roti, mengucapkan syukur kepada Allah, lalu membahagi roti, dan memberikannya kepada mereka.
Aku amat tersentuh dengan perkataan syukur dalam ayat tersebut. Bila aku mengimbau kembali masa silam, aku sedar bahawa aku terlalu banyak melakukan dosa dan mengingkari kehendakNYa. Namun, aku amat bertuah kerana dapat bangun dari mimpi yang ngeri dan cuba untuk menjadi umat pilihNya. Aku diberi peluang untuk membaiki kehidupanku kepada yang lebih baik. Sesungguhnya, aku amat bersyukur di atas hadiratNya.
I Trust & Love U |
Sungguhnpun aku banyak melakukan dosa Dia tidak pernah meninggalkan aku. Dia sentiasa bersama denganku di waktu aku memerlukanNya. Sungguh tidak layak rasanya aku berada di hadapanNya. Namun Dia masih inginkan diriku. Dia sungguh baik. Penuh dengan cinta kasih. Apa yang pastinya, begitu besar cinta kasihnya pada aku. Indah sungguh cinta kasihNya bagi diriku. Oleh kerana itu, aku berani mengatakan bahawa aku umpama bangkit selepas daripada kematian.
No comments:
Post a Comment