~on JIWANG mood~
Aku adalah aku dan kau adalah kau. Aku dan kau adalah dua insan yang berbeza. Namun perbezaaan itu yang melengkapkan antara kau dan aku. Aku sedia menerima kau seadanya sekiranya kau melakukan perkara yang sama kepadaku. Aku tidak mengharapkan kesempurnaan cukuplah kesederhaan. Kekayaan belum pasti membawa kebahagiaan kepadaku dan ketampanan kau belum tentu dapat membuka buka pintu hatiku. Kesediaan kau menerima aku seadanya adalah salah satu punca kepada terbukanya pintu hatiku kepada kau. Kesudian kau menerima setiap ahli keluargaku membuka minda dan jiwaku akan kejujuran kau kepada aku. Apabila kejujuran hati kau terserlah kau dan aku pasti dapat menjadi satu. Bersatu dalam keimanan dan kekuatan kerohanian. Menjalankan kewajipan sebagai umatNya dan mengerjakan kehendakNya. Begitulah cinta yang ku cari daripada kau. Cinta yang bukan berasaskan keduniaan semata-mata tetapi semuanya berlandaskan ajaranNya.