Aku secara jujurnya mengaku memang sangat teruja untuk mengikuti Kem S.P.I.E.S Kepimpinan Belia yang sekali dengan Hari Keluarga Kuliah Ibnu Sina pada minggu lepas. Namun disaat-saat terakhir aku dilanda masalah kemalasan untuk mengikuti program tersebut. Entah mengapa sejak 2 minggu yang lepas aku merasa teramat penat sekali. Mungkin kepenatan yang melampau itu aku terasa berat sekali untuk mengikuti program tersebut. Tapi aku gagahi juga diriku aku untuk mengikuti program tersebut kerana mengenangkan jasa dan budi baik koordinator kuliah aku Tuan Haji Aris @ papa Aris serta rakan-rakan yang menguruskan program untuk Hari Keluarga kelas kami. Rasanya aku belum bersedia untuk menceritakan apa aktiviti yang dilakukan dalam kem S.P.I.E.S dan Hari Keluarga Kuliah Ibnu Sina. Cuma aku ingin berkongsi satu pengalaman iaitu pengalaman disebalik keberatan hati aku mengikuti kedua-dua program tersebut.
Pada hari terakhir program tersebut aku ternampak sebuah buku lantas aku terus meminta kebenaran dari seorang Fasilitator untuk membaca sekali imbas buku tersebut. Daripada pembacaan aku itu aku terus jatuh cinta dengan kandungan buku tersebut.
Mengapalah aku tidak jumpa buku itu sebelum itu?? (aku monolog seorang diri) Lantas aku bertanya siapa punya buku itu. Hasrat dalam hati aku ingin membeli buku tersebut.
Buku tersebut rupa-rupanya milik seorang Fasilitator lelaki (saudara Fathi Salleh). Lalu aku memberitahunya aku ingin membeli buku tersebut. Dia agak berat hati untuk menjual buku tersebut, tetapi ada seorang Fasilitator perempuan (saudari Afiqah) memujuknnya dan meberitahu bahawa dia akan membayar buku tersebut bagi pihak aku. Aku amat terharu ketika itu. Dengan sekelip mata buku tersebut bertukar milik menjadi milik aku. Aku amat berterima kasih kepada kedua-dua orang individu tersebut kerana memberikan buku itu kepada aku. Thanks guys!! God bless U all~
Okey apa yang menarik sangat tentang buku tersebut?? Sejurus sampai kolej selepas siap kemas diri aku terus membuka dan membaca buku tersebut. Terpana sekejap!! Setakat ini aku telah membaca buku itu sampai muka surat 57. Banyak yang aku pelajari daripada buku ini mengenai lelaki dan perempuan. Lebih-lebih lagi mengenai lelaki kerana aku memang tidak banyak mengetahui tentang lelaki. Aku tahu memang banyak perbezaan antara lelaki dan perempuan tetapi bagaimana untuk merapatkan perbezaan itu aku sesungguhnya tidak arif dalam hal-hal sebegini.
Kembali kepada niat asal aku untuk menulis di sini. Aku menulis semua ini dalam blog bukannya apa. Aku merasakan ada hikmah di sebalik aku mengikuti program minggu lepas. Aku telah menjumpai sebuah buku untuk menjadikan aku seorang insan yang lebih sensitif mengenai seseorang yang bernama lelaki. Setiap bait-bait ayat dalam buku ini menyedarkan aku bahawa setiap perhubungan aku dan lelaki mesti ada persefahaman yang setara. Aku melihat pada diriku aku serta kegagalan cinta aku hanya kerana kealpahaan aku untuk mengerti keperluan seorang lelaki. Rasanya aku akan berhenti sampai di sini sahaja. Aku akan cuba buat ulasan tentang buku ini sekiranya diizinkan Tuhan. Apapun doakan aku supaya dapat manfaat daripada buku ini, dan seterusnya aku dapat memberi manfaat kepada orang lain melalui pembacaan aku ini...
ni la buku 2..hehee |
No comments:
Post a Comment