Pernah kita teringat berapa kali dalam kehidupan kita ini, kita menjadi tangan yang memberi dan tangan yang menerima.
Jika diberi peluang adakah kita ingin menjadi tangan yang memberi atau tangan yang menerima?
Apa salahnya kita menjadi tangan yang memberi selagi kita berkemampuan dan jangan pernah rasa rendah diri jika kita tangan yang menerima.
Ada ketikanya nanti, kita juga akan berpeluang untuk menjadi tangan yang memberi.
Walaupun bukan memberi dari segi kebendaaan namun dengan tenaga empat kerat kita juga melayakkan kita untuk menjadi tangan yang memberi.
Apapun, yang penting keihlasan hati dan niat kita untuk membantu insan yang memerlukan pertolongan kita.
Terima kasih kpd keluarga dan rakan yang selalu menjadi tangan yang memberi lebih2 kepada orang seperti saya.
"I am trying to be a good person."
p/s: Janganlah kita jemu-jemu berbuat baik, kerana apabila sudah datang waktunya, kita akan menuai, jika kita tidak menjadi lemah. (Galatia 6:9)
PEACE =-)
No comments:
Post a Comment